Salam Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Al-Quran 1443H/2022M ✨

17 Ramadhan 1443H | 19 April 2022

Kepada semua Muslimin dan Muslimat, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah dunia dan Akhirat. Keistimewaan bulan Ramadhan ianya diturunkan Al-Quran yang banyak faedah dan manfaat.


Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah 2:185)

Tulus ikhlas daripada Mokta Product Sdn Bhd ❤️

Mudahnya Masak bersama Mokta

Ramadan Kareem 2022

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Barakah 1443H ✨

Selembut embun di pagi hari,
Tengadah tangan sepuluh jari,
Ucapkan salam setulus hati,
Selamat menjalankan ibadah di bulan yang suci.

 

Marhaban ya Ramadan, bulan suci kembali tiba.

Tulus ikhlas daripada Mokta Product Sdn Bhd ❤️

Mudahnya Masak bersama Mokta

Selamat Memperingati Israk Mikraj

Salam Israk Mikraj 1443H ✨

Salam Israk Mikraj 1443H. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga peristiwa besar ini menjadi iktibar dan pedoman buat kita semua. Dirikan solat dengan sabar dan terus berdoa agar kita semua dirahmati dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Tulus ikhlas daripada Mokta Product Sdn Bhd ❤️

Mudahnya Masak bersama Mokta

Happy Chinese New Year 2022

Gong Xi Fa Cai ✨

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina di seluruh dunia 🎉🎉🎉 Semoga perayaan ini membawa  kegembiraan, kesihatan yang baik dan tuah kepada kita semua di tahun 2022.  Harap sambutan perayaan ini dapat disambut dalam suasana gembira ❤️

Bagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, inilah keistimewaannya negara kita kerana dapat menyaksikan kemeriahan sambutan perayaan setiap bangsa.

Tulus ikhlas daripada Mokta Product Sdn Bhd ❤️

Mudahnya Masak bersama Mokta

Happy Thaipusam 2022

Happy Thaipusam✨

Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu seluruh dunia.

Semoga semua dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang baik. Harap sambutan perayaan ini dapat disambut dalam suasana gembira ❤️

Tulus ikhlas daripada Mokta Product Sdn Bhd ❤️

Mudahnya Masak bersama Mokta

Selamat Tahun Baru 2022

Jika diimbas kembali, banyak perkara telah berlaku pada tahun 2021. Ada yang suka, ada yang duka. Tentunya ada hikmah yang terbaik di setiap perkara yang berlaku sehingga kini. Di kesempatan ini, Mokta Product Sdn Bhd ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua kerana sudi bersama kami sepanjang tahun 2021 ini ❤️

Selamat Tahun Baru 2022 ✨

Selamat Tahun Baru 2022 diucapkan kepada anda semua  🎉🎉🎉 Dengan azam baru dan semangat baru, semoga kita terus melangkah ke arah kecemerlangan. Team Mokta Product Sdn Bhd sentiasa memastikan produk Mokta menjadi pilihan produk masakan yang terbaik, Halal dan produk Muslim. Semoga tahun baru ini jauh lebih baik dari tahun sebelumnya dan membuka buku baru dalam hidup. Amiinnnn…

Tulus ikhlas daripada Mokta Product Sdn Bhd ❤️

Mudahnya Masak bersama Mokta